Sunday, January 9, 2011

  Ada suara yang mengungkapkan: "Bosanla hidup ni!" Tidak kurang ada yang mengatakan, "Boringnya harini..tak tau nak buat apa!". Hakikatnya itulah jiwa yang kosong. Jiwa yang sifar matlamat. Jiwa yang tandus dengan misi hidupnya..Jiwa itulah yang juga nanti akan berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata.

  Seorang mukmin yang berkerjaya akan terkejar-kejar agar tanggungjawabnya sebagai khalifah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan pada masa yang sama juga dia sibuk mengumpul syer-syer akhirat. Dunia dan akhiratnya disepadukan..demi mencapai tawazun dunia dan akhiratnya..

    Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mencukupi. Lihatlah kehidupan para sahabat, ulama-alama dan para solihin.. Setiap detik hidup mereka sentiasa terisi dengan perkara yang mendekatkan diri pada Allah. Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan di dunia ini. Mereka adalah hamba, mereka jualah pemimpin (khalifah). Betapa besarnya aspirasi hidup seorang mukmin sejati.

     Ingatlah firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat."(Surah Al-Dhariyat 51:56). Allah juga berfirman yang bermaksud :"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." (Surah Al-Baqarah 2:30)

      Dua misi inilah yang akan membuatkan kita begitu sibuk di dunia sehingga tidak punya masa untuk bergelumang dengan maksiat.. Jika dihitung masa hidup kita di dunia berbanding dengan nikmat kurniaanNya dan tanggungjawab kita terhadap Allah Maha Pencipta, takkan cukup bagi kita untuk melaksanakan tanggungjawab ini, jika hari ini kita masih mengatakan hidup ini bosan ....


   

0 comments:

Post a Comment