Tuesday, December 28, 2010

Pinggirkan Wahan

Ya. Islam akan bersinar semula di muka bumi walaupun cuba dihalangi oleh musuh-musuhnya. Allah berfirman di dalam surah As-Saff ayat 8, “Mereka hendak memadam cahaya agama Allah dengan mulut mereka. Allah tetap akan menyempurnakan cahaya agamaNya, walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.”


Tidak dapat dinafikan secara umumnya kualiti umat Islam berada di tahap yang amat rendah pada hari ini. Di antara sebabnya ialah wabak wahan yang sedang menyerang umat Islam sejagat. Wabak ini menyerang hati orang-orang Islam, melemah dan merosakkannya sehingga akhirnya mereka kehilangan taring dan kehebatan. Secara dasarnya, mereka yang cintakan dunia akan menjadi hambanya. Mereka yang menjadi hambanya akan melupakan tugas-tugas pengabdian kepada Allah. Mereka yang melupakan Allah terpaksa melupakan rahmat dan nikmatNya.


Mereka yang seperti ini akan diporak-perandakan oleh musuh-musuh mereka dengan mudah sekali. Berhubung dengan ini Nabi bersabda: “Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan.” Berkata seorang sahabat: “Adakah ia lantaran jumlah kita yang sedikit?” Nabi menjawab: “Tidak, sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih-buih ketika berlaku banjir. Allah mencabut rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu.” Sahabat-sahabat bertanya: “Apakah dia al-wahan?” Bersabda Nabi: “Cintakan dunia dan takutkan mati.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud.


Sahabat-sahabat Nabi merupakan contoh yang terbaik tentang golongan yang berjaya. Mereka tidak mencintai dunia, justeru mereka menguasainya. Kecintaan mereka dihadapkan kepada akhirat dan bagi mereka dunia hanyalah tempat mencari bekalan persis musafir di dalam perjalanan. Mereka memahami dan menghayati sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud, “Jadilah kamu di dunia seperti seorang yang bermusafir ataupun seorang yang sedang melalui suatu jalan.”


Cinta terhadap dunia perlu digantikan dengan cinta terhadap Allah tanpa mengabaikan dunia. Kecintaan terhadap Allah akan melahirkan perasaan cinta terhadap akhirat dan ia mempunyai manifestasinya. Di antara manifestasinya ialah berani melawan arus kesesatan dan kemungkaran yang melanda. Mereka yang seperti ini merupakan Ashabul Kahfi di akhir zaman. Nabi Muhammad menggelar mereka dengan nama Ghuraba berdasarkan sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud, “Islam bermula asing dan ia akan kembali asing seperti permulaannya, maka bahagialah golongan Ghuraba.” Sahabat Nabi bertanya kepada Baginda: “Siapakah Ghuraba ya Rasulullah?” Baginda bersabda: “Mereka ialah golongan yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan oleh manusia.”


Memperbaiki sesuatu yang sudah rosak bukanlah suatu yang mudah apatah lagi jika kerosakannya sudah begitu teruk. Namun itulah tugas yang wajib dilaksanakan oleh mereka yang cintakan agama kerana kemuliaan diri mereka terletak di situ. Justeru ilmu yang mantap lagi sahih amat diperlukan agar perbaikan yang diperlukan dapat dilakukan dengan baik. Usaha perbaikan yang paling penting ialah mengislah manusia terutamanya kefahaman mereka. Berhubung dengan ini, Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud, “Manusia adalah laksana lombong emas dan perak. Mereka yang terbaik di zaman jahiliah mereka jugalah yang terbaik di dalam Islam apabila mereka memiliki kefahaman agama.”

Tudung: Dimanakah Kebenaran

Riyadh, Arab Saudi – Ia membebaskan. Ia menindas. Ia sebuah doa. Ia sebuah penjara. Ia
melindungi. Ia membinasakan.
Jarang sekali dalam sejarah manusia sehelai kain mempunyai banyak peranan. Terbabit
dalam banyak kontroversi. Sering disalah anggap, disalah fahami dan dimanipulasi.
Cebisan kecil atau gulungan kain ini adalah tudung Muslimah.
Bagi yang bukan Islam,berkemungkinan ia adalah lambang Islam yang paling menonjol, dan
yang paling kontroversi. Dari Texas ke Paris, ia telah menjadi terkenal dan telah menjadi
tumpuan kesalah fahaman ditempat kerja, ketika membuat keputusan mahkamah, manakala di
Eropah, menjadi perdebatan di Parlimen samada ia harus diharamkan ataupun tidak.
Tudung kepala telah mendapat profil yang tinggi akibat dari beberapa faktor termasuk
meluasnya kesedaran dan sifat ingin tahu mengenai Islam semenjak 9/11, akibat
pencerobohan tentera Amerika Syarikat keatas negara –negara umat Islam seperti Iraq dan
Afghanistan, dan peningkatan komuniti imigran Muslim di Amerika Syarikat dan Eropah.
Ia juga telah diumpamakan sebagai satu magnet yang menambah kepada permasalahan
sepertimana yang dialami oleh seorang penduduk Illinios, Amal Abusumayah yang mendapati
bahawa seorang wanita yang tidak senang hati dengan pembunuhan yang terjadi di Fort Hood,
Texas telah menarik tudung kepalanya ketika berada disebuah kedai runcit.
“Barat telah menjadikan tudung satu simbol yang klise tentang penindasan, kezaliman dan
ketaksuban umat Muslim, dimana kesemuanya itu tidak berkaitan dengan alasan mengapa
wanita-wanita Muslim memakai tudung ,” kata Jennifer Heath, pengarang buku “The Veil:
Women Writers on Its History, Lore dan Politics
.”
Segala tumpuan terhadap tudung kepala telah membuat umat Islam berasa amat kesal kerana
keyakinan terhadap agama lebih bererti bagi mereka daripada apa yang dipakai oleh wanita
dikepala mereka. Tetapi yang jelas, tudung telah membawa banyak perselisihan faham
diantara umat Islam. Perdebatan kontemporari mengenainya, walaupun belum menyebarluas,
telah menimbulkan persoalan-persoalan fundamental yang berkaitan dengan kemahuan sendiri,
status wanita dalam masyarakat, malah, bagaimana mentafsir Al-Quran, kitab suci umat Islam.
Dalam ertikata yang lebih luas, tudung Muslimah ini juga merujuk kepada pelbagai tudung
kepala. Yang sering dipakai adalah skarf yang menutupi rambut dan leher, samada berwarna
hitam dan ringkas ataupun berwarna-warni dan labuh sepertimana yang dipakai oleh wanita di Kaherah dengan melilitkannya dikepala dan mengurai hingga kepinggang.
Skarf kepala sering dirujuk sebagai hijab atau hejab dalam bahasa Arab yang bererti satu
tutupan atau skrin, manakala muhajabat bermaksud “wanita yang bertutup.”
Terdapat satu konsensus yang meluas diantara cendekiawan Islam diseluruh dunia yang
menyatakan bahawa wanita dikehendaki sekurang-kurangnya menutup rambut mereka. Oleh
itu, skarf kepala atau tudung kepala adalah dianggap wajib dalam Islam.
Tudung kepala lain yang dipakai oleh wanita Muslim juga berada dalam kategori “tudung”.
Bergantung kepada sesebuah negara, perlengkapan ini ada yang dianggap optional dan ada
yang menyatakannya wajib. Malah ia sering diperkatakan sebagai wajib atas dasarkan agama
atau adat resam – satu perkara yang sering saling bertindih dikebanyakkan negara umat Islam.
Contohnya seperti kain tudung tradisi di Iran iaitu cadar, sejenis pakaian labuh atau jubah
hitam yang menutupi keseluruhan anggota badan wanita yang labuh hingga ketanah.
Wanita-wanita ini juga sering menutupi sebahagian daripada muka mereka ketika dikhalayak
ramai. Manakala tudung kepala yang lebih moden bagi wanita –wanita Iran pula adalah skarf
kepala yang dipadankan dengan sejenis baju kot luar yang labuh dan berlengan panjang.
Wanita-wanita di Saudi Arabia pula memakai skarf hitam berbentuk segiempat panjang yang
dilipat dua dan dipadankan dengan abaya, sejenis jubah hitam yang longgar. Ramai juga yang
menambah niqab(purdah), sehelai kain yang berbentuk segiempat sama bagi menutupi muka
dan hidung mereka dan kadangkala menyembunyikan keseluruhan wajah kecuali dua biji mata.
Litupan yang paling dikatakan bersifat membatasi adalah burqa yang dipakai oleh
wanita-wanita Afghanistan, sejenis baju luar panjang yang besar menutupi keseluruhan
anggota badan wanita dari kepala hingga kehujung kaki termasuk muka.
Orang yang bukan Muslim pula sering beranggapan bahawa bertudung adalah simbol
penindasan terhadap wanita. Perkara ini mungkin benar didalam masyarakat seperti di Iran
dan Arab Saudi dimana status lelaki lebih dominan manakala wanita pula dianggap sebagai
kelas kedua dan mereka dikehendaki untuk menutup kepala dan anggota badan ketika keluar
rumah.
Tetapi bagi kebanyakan wanita Muslimah, termasuk yang tinggal di Amerika Syarikat, secara
sukarela telah memilih untuk bertudung kerana komitmen agama. Mereka mempercayai
bahawa mereka mematuhi perintah Tuhan dan menyangkal sebarang tanggapan bahawa
dengan bertudung, hak mereka dirumah atau ditempat kerja akan berkurang.
“Ia adalah sesuatu yang kamu suka lakukan kerana ia membuatkan seolah-olah kamu dekat
dengan Allah dan kamu telah melakukan satu perkara yang benar ,” kata Reem Ossama,
seorang wanita Mesir, ibu kepada tiga orang anak yang sentiasa bertudung ketika keluar
rumah. “ Allah telah
memerintahkan kita supaya bertudung…. untuk melindungi maruah kita, untuk melindungi
wanita supaya kita tidak hanya dipandang kerana kecantikan badan dan muka kita sahaja tetapi
kerana pemikiran dan personaliti kita
.”
Selain dari alasan keagamaan, kebanyakan wanita Muslimah telah memilih untuk bertudung
kerana ingin menunjukkan ketaatan mereka dalam agama mereka terutama dalam keadaan
sekarang dimana Islam dikecam hebat dari orang yang bukan Islam. Ini adalah satu cara bagi
wanita untuk berkata, “Saya bangga menjadi seorang Muslim dan saya mahu dihormati.”
Sentimen ini juga kuat dinegara-negara umat Islam dimana umatnya merasakan bahawa
identiti Islam mereka diancam oleh penyebaran global budaya Barat. Bagi kebanyakan wanita
dinegara-negara ini, menjadi “tulen” bererti memakai tudung kepala yang Islami.
Alasan yang lain bagi bertudung adalah kerana kurangnya kebebasan memilih. Bagi
sesetengah wanita, terutama dinegara-negara yang membangun berkata, mereka memakai
tudung untuk menghindari gangguan dan pandangan lelaki terutama ditempat-tempat umum
seperti didalam sistem pengangkutan awam.
Malah, ada juga kebiasaan yang disebabkan oleh tekanan dari bapa, suami dan abang-abang
mereka yang mahu saudara-saudara perempuan mereka dilihat oleh masyarakat sebagai “anak
perempuan yang baik
” atau “
wanita yang baik
.” Lelaki-lelaki ini hanya memberi respons kepada kebiasaan dalam masyarakat yang
mempunyai tanggapan bahawa wanita yang bertudung mematuhi larangan Islam yang
berkaitan janji temu diantara lelaki dan perempuan serta hubungan luar nikah.
Mohamed Gebriel, suami Ossama berkata bahawa, ada lelaki yang menyuruh
saudara-saudara perempuan mereka bertudung kerana mereka “cemburu”. “Mereka tidak suka
isteri-isteri mereka dipandang oleh lelaki lain.
” Gebriel, seorang Pengarah Urusan difirma perunding perniagaan di Riyadh, bukanlah seorang
lelaki seperti itu. Tetapi, beliau berkata bahawa sepertimana kebanyakan lelaki Muslim yang
lain, dia menghormati wanita yang bertudung kerana “
kami melihat ia sebagai satu simbol bahawa wanita tersebut menghargai dirinya, bermaruah,
tidak materialistik atau ingin menjadi satu simbol seks
.”
Pada masa yang sama, Gebriel menekankan bahawa dia mempunyai “ramai teman-teman
Muslim, teman-teman perempuan yang tidak berhijab dan ini tidak menjadi masalah baginya
kerana ia hanya satu perkara kecil dari keseluruhan entiti manusia
.”
Lazimnya, cendekiawan Islam memetik dua ayat dari Al-Quran untuk menyokong konsensus
mereka mengenai wanita Muslimah wajib atau harus menutup rambut mereka.
Pertama adalah ayat 33:59 yang ditujukan kepada Rasulullah dan keluarganya: “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:”
Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya
mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu.
” [TMQ Al Ahzab(33) : 59]
Manakala, ayat 24:31 pula menyatakan, “Katakanlah kepada wanita yang beriman:
“Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah
mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) daripadanya. Dan hendaklah
mereka menutupkan kain tudung kedadanya .” [TMQ
An Nur(24) : 31]
Tetapi, Ashraf Zahedi, seorang sosiologi dan sarjana di Universiti California, Berkeley Beatrice
Bain Research Group menulis, “ Ayat-ayat ini menekankan kesopanan dan menutupi dada dan
leher. Tidak ada yang merujuk kepada menutup rambut atau tudung kepala
.”
Zahedi adalah salah seorang daripada sejumlah kecil cendekiawan perempuan Islam yang
semakin terkenal, yang sering mempersoalkan konsensus tudung kepala yang telah lama
dipersetujui. Leila Ahmed, Amina Wadud dan Asma Barlas pula adalah diantara lain yang
mempertikaikan bahawa tafsiran Al-Quran selama ini telah dibuat oleh lelaki, dimana sokongan
mengenai kesetaraan gender oleh kitab suci ini dikatakan samar - samar.
Sepertimana yang diperkatakan oleh Barlas, seorang professor politik di Ithaca College di New
York, ketika memberi ucapan di Universiti Groningen, Belanda dalam tahun 2006 berkata, “Say
a adalah diantara orang-orang yang mempertikaikan alasan yang Al-Quran telah dibaca
sebagai teks patriaki, pasti berkaitan dengan siapa yang telah membacanya, bagaimana dan
dalam konteks apa. Dari segi sejarah, hanya cendekiawan lelaki sahaja yang mentafsir
Al-Quran sentiasa dalam sistem masyarakat yang mengutamakan lelaki. Inilah sebab
mengapa saya mengatakan bahawa terdapat kesalahfahaman yang ketara dalam tafsiran
Islam, dan saya percaya bahawa perlu ada tafsiran yang benar dari kitab suci yang lain
.”
Dalam satu temuramah melalui telefon, Barlas menjelaskan bahawa Al-Quran telah menyeru
supaya lelaki merendah diri dan sopan (Ayat 24:30). Tetapi, dia berkata, “kita tidak pernah
mempersoalkan prinsip moral seksual lelaki Muslim, itulah sebabnya kadang –kadang saya
merasa kecewa dengan segala perbincangan mengenai tudung kepala kerana saya
mendapati sebenarnya lelaki yang mendapat banyak manafaat dari ini. Ia pada dasarnya
membiarkan mereka dari dipersoalkan bagaimana mereka perlu membentuk kelakuan yang
baik”. “Tidak ada perbincangan bagaimana mereka harus berpakaian atau berkelakua.
Mengapa wanita pula yang sentiasa dibebani dengan tanggungjawab terhadap prinsip moral
atau identiti masyarakat?

Manakala, wanita Muslimah yang lain, menggunakan arena politik untuk mencabar pandangan
bahawa kesopanan dalam Islam mengkehendaki wanita bertudung. Pada bulan Mei yang lalu,
4 orang wanita telah melakar satu sejarah apabila mereka telah dipilih ke Parlimen Kuwait. Pihak konservatif merasa marah kerana dua dari mereka, Rola Dashti dan Aseel Al Awadhi –
tidak memakai tudung dan telah mengemukakan petisyen di mahkamah bagi menghalang
kedua-duanya dari parlimen kerana mereka telah melanggar peraturan Islam dengan tidak
bertudung.
Dalam bulan Oktober, Mahkamah Tertinggi di Kuwait telah memberikan wanita-wanita ini
kemenangan dengan membatalkan petisyen tersebut dan telah membuat keputusan dengan
menyatakan bahawa perlembagaan negara tersebut menjamin kesetaraan gender dan
kebebasan memilih dalam agama.
Sejarah moden memberikan banyak contoh bagaimana lelaki dan regim politik yang
didominasi lelaki telah menggunakan isu tudung sebagai satu cara untuk mengawal wanita,
malah dibantu oleh masyarakat sebagai satu cara untuk mempromosikan ideologi sekular
mahupun Islam.
Pada setengah abad ke21, contohnya di Turki dan Iran, pemimpin yang berorientasikan
sekular terlalu ingin untuk memodenkan negara-negara mereka sejajar dengan Barat telah
mengharamkan tudung ditempat awam dimana ini telah membawa kepada tekanan yang besar
kepada wanita-wanita Muslim yang taat. Di Iran, wanita yang berdegil untuk tidak membuka
tudung telah disingkirkan secara paksa oleh polis dari tempat-tempat awam. Ramai yang tidak
mahu keluar rumah, menurut Zahedi dalam kajiannya berkenaan tudung didalam keluaran
Journal of Middle East Women’s Studies
, edisi musim luruh 2007.
Pada hari ini, Turki masih melarang tudung kepala di universiti – universiti awam. Di Iran,
Revolusi Islam dalam tahun 1979 telah membatalkan pengharaman bertudung, malah telah
bertindak sebaliknya dengan menghendaki semua wanita termasuk yang bukan Muslim
menutup keseluruhan kepala dan badan. Matlamatnya adalah untuk membuktikan bahawa
Islam dan bukan Barat yang dijadikan rujukan oleh masyarakat Iran.
Zahedi juga menjelaskan bahawa revolusi Iran telah membawa kepada kepercayaan yang
berakar umbi tentang sifat erotik rambut perempuan. Seorang penulis lelaki konservatif
berpendapat bahawa “telah terbukti yang rambut wanita memancarkan sejenis sinar yang
mempengaruhi lelaki sehingga membuatkannya teruja dari normal. ”
Tambah Zahedi, tudung telah memberikan satu justifikasi tentang “keperluan menguasai
kekuatan seksual perempuan.” Beliau turut menulis bahawa daripada “mempersoalkan tentang
seksual lelaki Iran yang tidak terkawal, regim tersebut telah memaksa wanita untuk
menyembunyika rambut dan tubuh mereka bagi melindungi lelaki
.”
Undang-undang yang hampir serupa telah diterapkan oleh Taliban ketika mengambil alih
kuasa di Afghanistan dalam tahun 1996. Mereka telah mewajibkan burqa yang selama ini
dipakai kerana tujuan keagamaan dan adat resam keatas semua wanita Afghan. Ketika perang
saudara di Algeria dalam tahun 1990an, puak radikal Islam telah membunuh ramai perempuan
yang tidak bertudung. Dan dikawasan Gaza yang dikuasai oleh Hamas, pelajar – pelajar sekolah perempuan telah diwajibkan untuk memakai tudung kepala. (Manakala beberapa batu
di Israel, komuniti Ortodoks Yahudi mewajibkan wanita –wanita yang telah berkahwin untuk
menutup rambut mereka.)
Barlas juga menyelar orang –orang Barat yang mempolitikkan tudung apabila mereka
menggunakannya sebagai satu simbol Islam, dengan biasanya menghubungkaitkannya dengan
penindasan wanita dalam masyarakat Islam. “Saya telah mencabar ramai para hadirin dari
Barat untuk memberitahu saya apakah gambaran sebenar tentang seorang wanita Amerika
yang tipikal,” dia menulis dalam sebuah email. “Apabila mereka mendapati agak sukar, maka
saya tanyakan mengapa mereka hanya memilih seorang wanita yang bertudung untuk mewakili
keseluruhan wanita Muslim .”
Hari ini niqab dan burqa telah dianggap sebagai satu bentuk kejahatan yang sangat serius
yang telah menimbulkan perdebatan panas di Eropah dan sebahagian negara yang majoriti
penduduknya adalah umat Islam.
Para cendekiawan Islam tidak bersetuju jika wanita Muslim menutup muka mereka. Di Mesir,
Sheikh Mohammed Sayyed Tantawi, ketua Universiti Al Azhar, Kaherah, sebuah pusat
pembelajaran Islam yang tersohor, pernah menegur seorang pelajar perempuan yang memakai
niqab ketika beliau membuat lawatan kesebuah sekolah. Beliau telah menyuruh pelajar
tersebut menanggalkan niqabnya dan berkata bahawa niqab “tidak ada kiatan dengan Islam
dan ia hanyalah satu adat resam sahaja.

Sesungguhnya niqab tidak pernah menjadi pakaian asli di Mesir. Hanya beberapa tahun
kebelakangan ini, ia diterima pakai oleh wanita – wanita muda yang memilih stail Saudi yang
konservatif dalam mempraktikkan Islam. Kerajaan Mesir juga telah mengharamkan pemakaian
niqab diseluruh dormitori perempuan di universiti-universiti.
“Kita semua bersetuju bahawa niqab bukanlah satu keperluan agama,” jelas Abdel Moati
Bayoumi, seorang cendekiawan di Al Azhar kepada Associated Press. “Masanya telah tiba”
untuk bersemuka dengan idea bahawa niqab adalah mandatori apabila mengetahui bahawa
“pihak Taliban memaksa wanita memakai niqab .”
Malah di Arab Saudi dimana niqab berakar umbi dalam adat resam suku kaum dan dipakai
dengan meluas, turut mempunyai pendapat yang berbeza-beza diantara wanita. “Bahagian
wanita yang manakah yang paling cantik?
” tanya Laila M. Bahammam, seorang wartawan Saudi. “
Muka dan rambutnya. Oleh itu, kecantikan ini perlu ditutup
.”
Tetapi, Ahlam A. Al Qatari, seorang doktor Saudi berkata bahawa dia “akan melancarkan
kempen menentang pemakaian niqab” jika boleh berbuat begitu. Sementara dia “bersetuju
seratus peratus” dengan menutup rambut. Tambah beliau, niqab “adalah berbeza. Ia adalah
satu tradisi, bukan satu ibadah atau peraturan Islam. Dalam Islam, kamu menutup rambut,
bukan muka dan saya fikir untuk memudahkan berkomunikasi secara sopan diantara masyarakat dan orang –orang yang berbeza dan untuk mengenali satu sama lain secara
sopan, maka perlu untuk mendedahkan muka untuk berhubung dengan dekat serta
memandang mata.”
Di negara – negara Barat, tutup muka(purdah) telah menjadi satu masalah kerana berbagai
alasan. Dimasa yang memerlukan peningkatan dari segi keselamatan, adalah perlu bagi polis,
agen tiket penerbangan, para hakim dan guru-guru dibilik-bilik darjah untuk mengenalpasti
siapakah yang dihadapan mereka.
Malah, ia juga merupakan satu cabaran kepada Barat yang mempunyai andaian bahawa
penutup muka melambangkan penipuan atau menyembunyikan sesuatu. Didalam masyarakat
yang menekankan komunikasi secara dekat serta memandang mata, penutup muka(purdah)
boleh menjadi satu halangan yang besar untuk integrasi dan juga menyebabkan kegelisahan.
Mantan Menteri Luar British, Jack Straw pernah melabelkan niqab sebagai satu “penyataan
yang dapat dilihat sebagai pemisahan dan perbezaan” dan juga akan “membuatkan hubungan
yang baik dan positif diantara dua komuniti lebih sukar.”
Beberapa negara Eropah telah mempertimbangkan cadangan untuk mengharamkan niqab
dan burqa ditempat-tempat umum dan sebuah organisasi terkenal di Kanada baru-baru ini telah
menggesa kerajaan untuk meluluskan usul larangan ini.
Di Perancis, dimana tudung kepala Islami (dan sebarang simbol keagamaan yang ‘menonjol’)
telah diharamkan disekolah-sekolah negeri dalam tahun 2004. Presiden Nicolas Sarkozy
berkata bahawa “tidak ada tempat untuk burqa” dinegaranya. Tetapi setelah membuat kajian
mengenai isu tersebut, agensi berita telah melaporkan pada bulan lepas, parlimen Perancis
telah memutuskan untuk tidak mengharamkan burqa secara formal, walaupun begitu, ia
mungkin akan mencadangkan pengharamannya dibeberapa tempat awam.
Tudung kepala Islami pula adalah satu perkara yang lain. Sepertimana tudung Islami yang
lain, ia telah mendapat tempat dinegara Barat dan juga dinegara yang majoritinya Islam
sebagai satu penyataan mengenai
nilai keagamaan.
Malah ia juga satu penyataan fesyen sepertimana Reem Ossama ingin tunjukkan. Dia
membuka laci untuk mengambil beberapa keluaran “Hijab Fashion”, sebuah majalah di Kaherah
yang dipenuhi dengan gambar-gambar model berpakaian labuh dan sut seluar - kesemuanya
dipadankan dengan tudung kepala yang menarik.
“Kami, wanita Muslim, mempunyai fesyen kami tersendiri,” jelas Ossama sambil
menyelak-yelak halaman majalah tersebut. “
Kamu boleh bertudung dan kelihatan cantik
.”