Saturday, February 26, 2011

Seorang daripada para solihin berkata:

" Kurenungi dan kufikir, dari manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba-tiba kudapati syaitan memasukinya dari sepuluh pintu:

  • Tamak dan jahat sangka, lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan dengan berpada dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar
  • Cintakan hidup dan panjang angan-angan, lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba
  • Cintakan kerehatan dan nikmat, lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk
  • Kagum pada diri sendiri(ujub), lantas aku menghadapinya dengan mensyukuri nikmat-nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan siksa
  • Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka , lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka
  • hasad, lantas aku menghadapinya dengan qanaah(berpuas hati dengan apa yang ada setelah puas berikhtiar dan berusaha) dan redha terhadap pemberian Allah kepada makhlukNya
  • riak dan sukakan pujian manusia, lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas
  • bakhil, lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk itu akan binasa sedang apa yang ada di sisi Allah itu akan kekal
  • Takabbur, lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhuk
  • Tamak, lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu daripada manusia


(dipetik daripada buku 'Apa Erti Saya Menganut ISLAM?' : karya Fathi Yakan)

Thursday, February 17, 2011


Di dalam sebuah hadis sahih yang amat masyhur bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ,"Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah di bawah teduhan rahmat-Nya pada hari (kiamat) yang tiada sebarang lindungan rahmat-Nya ; pemerintah yang adil ,pemuda yang menggunakan masa muda remajanya dalam beribadah kepada Allah,lelaki yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid ,dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah-mareka yang bertemu dan berpisah kerana Allah,lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan dan jelita,lalu dia berkata, 'sesungguhnya aku takutkan Allah',seorang yang memberikan sedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya dan lelaki yang mengingati Allah sehingga berlinangan air matanya." (Riwayat al-Bukhari,Muslim dan selain daripada keduanya)

Hadis di atas menyenaraikan beberapa golongan manusia yang akan begitu bertuah untuk menerima fadilat yang amat besar, iaitu akan diletakkan di bawah naungan rahmat Allah s.w.t. Ini fadilat yang amat besar kerana pada waktu itu , tiada lindungan dan teduhan lain yang boleh diharapkan,melainkan naungan rahmat Allah.

Merenungi senarai tujuh golongan ini, kita dapati Allah mengkategorikan secara khusus satu golongan, iaitu golongan remaja atau pemuda yang trelah memenuhi usia muda mereka dan membesar dalam keadaan beribadah kepada Allah. Betapa tinggi fadilat yang telah dikhususkan kepada mereka.

Hadis ini telah diucapkan oleh Rasulullah dalam satu majlis umum .Maka antara kelompok para sahabat yang pastinya turut mendengar sabda ini ialah golongan remaja dan muda-mudi dalam kalangan sahabat.

Fadilat yang sangat hebat ini sudah pasti akan menyemarakkan lagi keimanan yang adadalam hati mereka. Fadilat yang semulia ini akhirnya akan membentuk jati diri Mukmin yang hakiki pada anak-anak sahabat ini. Sejarah telah mencatatkan , betapa tubuh-tubuh kecil remaja pada zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat ini,hakikat iman yang mengalir dalam diri mereka bolah membuatkan orang dewasa pada zaman kita menundukkan muka kerana malu!

Al-Tabrani meriwayatkan bahawa Abdullah bin Zubair r.a dan Abdullah bin Jaafar r.a berbaiah kepada Nabi Muhammad s.a.w ketika mereka baru berusia 7 tahun.Ketika melihat Rasulullah melihat keduana,Baguinda tersenyum dan menghulurkan tangan Baginda ,lalu membaiah kedua-duanya.

Satu riwayat lagi menjelaskan ,betapa tinggi tahap pengabdian para remaja tersebut dalam usaha mereka untuk meraih darjat syahid, darjat yang paling tinggi di sisi Allah s.w.t

Dikeluarkan oleh Ibn 'Asakir daripada Saad bin Abi Waqqas katanya: "Rasulullah mengembalikan adikku 'Umair bin Abi Waqqas kepadaku dari medan pertempuran badar kerana dia masih kecil"

Lalu 'umair menangis memohon supaya Nabi mengizinkannya keluar berjihad di jalan Allah . Akhirnya Rasulullah memberikan keizinan . (Kata Saad), "Maka aku pun mengikatkan sarung pedangnya kepada tubuhnya . Dia telah menyertai peperangan badar.Ketika itu dia hanya mempunyai sehelai janggut yang serimg aku usap dengan tanganku."

Didalam kitab al-Isabah dinyatakan ,sebelum 'Umair dilarang oleh Rasulullah ,dia sembunyi-sembunyi telah cuba menyelinap ke dalam barisan para sahabat. Apabila Saad melihatnya. beliau bertanya lalu dijawab oleh 'Umair r.a."Aku takut Rasulullah melihatku, lalu aku dihalangi kerana aku masih kecil, sedangkan aku amat cinta untuk berjihad, agar Allah mengurniakan syahid kepadaku."Ibnu Saad dan al-Bazzar meriwayatkan bahawa Saad menyatakan, akhirnya'Umair syahid ketika usianya sekitar 16 tahun.

Dapatkah kita selami, apakah sebenarnya yang bergelora di dalam hati seorang remaja berusia 16 tahun bernama 'Umair bin Abi Waqqas ini? Benarlah, sekali iman telah menjalar di dalam diri seseorang, segala-galanya sedia dikorbankan untuk memenuhi tuntutan iman!

Sunday, February 13, 2011




Tuhan sentuh aku dengan cinta-Mu
Basuh rindu dendam hatiku
Berlari mencari diri-Mu
Terbata meraba di fatamorgana dunia
Tuhan ampun bila hamba terlena arungi sang hidup
Nenangis tercenung nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa
Lewati sepi lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising di dalam tawa
Hanya dengan-Mu aku tenang
Aku tenang
Berlari mencari terlempar tak pasti
Terbata meraba di fatamorgana dunia
Menangis tercenung nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa
Lewati sepi lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising di dalam tawa
Hanya dengan-Mu aku tenang
Aku tenang
Aku tenang
Aku tenang

~OPICK~



YA ALLAH..BETAPA AKU PERLU KAMU.....


Friday, February 11, 2011

DOAKU......

Ya Illahi..pandanglah aku sebab aku ingin menghadap-Mu.....
Ya Allah, ampuni dosa-dosaku yang menurunkan bencana, yang memutuskan pengharapan. Aku telah berusaha menghampiri-Mu dengan zikir kepada-Mu. Dengan kemurahan-Mu aku memohon sudilah Engkau dekatkan aku ke ribaan-Mu.. Sempatkan aku bersyukur kepada-Mu ...Bimbinglah aku untuk selalu mengingati-Mu, supaya takdirku tidak seperti hari-hari yang telah berlalu...

Aku memohon kepada-Mu dengan penuh kerendahan , kehinaan dan kekhusyukan, agar Engkau maafkan dan sayangi aku....Ya Allah , aku memohon kepada-Mu laksana orang permohonan orang-orang yang yang terdesak oleh kesulitannya, yang menghampiri-Mu ketika tersekat urusannya ...yang besar dambanya di sisi-Mu. Maha Tinggi kedudukan-Mu. Selalu tersembunyi rencana-Mu. Selalu tampak kuasa-Mu..Kekuatan-Mu tidak terkalahkan. Selalu berlaku kudrat-Mu. Aku tidak mungkin lari dari kekuasaan-Mu....

Menitis air mata ini kerana takut dan rindu kepada-Mu..Aku takut kehilangan-Mu setelah semua dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan selama ini..Aku rindu kepada-Mu setelah aku tinggalkan -Mu selama ini...
Ya ALLAHku...ampuni aku...

(doa ini diajarkan oleh Imam Ali bin Abi Talib kepada salah seorang murid dan pengikut setianya, Kumali bin Ziyad)

Tuesday, February 8, 2011

AYUH PEMUDA-PEMUDI ISLAM! BANGKITLAH DENGAN RUHUL JADID..BANGKITLAH DENGAN KECINTAAN KEPADA-NYA.BANGUNLAH UNTUK MENEGAKKAN ISLAM...AYUH KEMBALIKAN KEGEMILANGAN ISLAM!


BERANI BERCITA-CITA BESAR!

  Secubit garam akan memasinkan segelas air.Tetapi jika garam yang secubit itu diletakkan ke dalam sebuah teko, kemasinan garam akn berkurang.Jika garam yang sama kuantitinya dilarutkan pula dalam sebaldi, sekolah, malah sekolam air, masinnya tidak akan terasa langsung.
  Begitulah perumpamaan perbandingan di antara masalah dengan cita-cita . Masalah umpama garam , manakala cita-cita umpama air. Semakin besar cita-cita, maka semakin mengecil masalah, seperti mana garam yang hilang kemasinannya apabila air bertambah.
  Taktik dan stratergi inilah yang kerap digunakan oleh para pemimpin ulung untuk mendorong para pengikutnya mencapai kejayaan yang besar dalam suatu perjuangan.Ketika dikepung olah tentera-tentera Musyrikin yang begitu ramai dalam perang Khandak misalnya, Rasulullah s.a.w telah bertindak membesarkan cita-cita mereka.
  Ketika itu berlaku peristiwa hebat yang tercatat dalam buku-buku sejarah, apabila kerdipan cahaya memancar daripada beliung Rasulullah s.a.w yang berlaga dengan seketul batu besar sewaktu Baginda menggali parit untuk mempertahankan kota Madinah. Sungguh hebat apabila di sebalik insiden itu Rasulullah s.a.w telah meyakinkan para sahabatnya bahawa cahaya tersebut adalah isyarat Rom dan Parsi akan jatuh ke tangan tentera Islam  suatu hari nanti.
  Bayangkan , dalam keadaan Rasulullah dan para sahabat dihimpit  kelaparan dan kecemasan akibat kepungan musuh dari luar dan pembelotan kaum Yahudi dari dalam , namun Baginda bukan sahaja menanamkan keyakinan bahawa masalah semasa itu akan dapat diatasi, malah tentera Islam dijanjikan kemenangan yang jauh lebih besar denagn mengatasi musuh yang lebih kuat pada masa akan datang.
  Ya! Cita-cita yang besar akan mengecilkan masalah yang sedang dihadapi. Sebab itu jika kita terlalu disusah-susahkan bahkan dikalahkan oleh masalah-masalah semasa, itu petanda cita-cita kita masih kecil. Jika cita-cita kecil , bangsa yang walau bagaiman bijak ,kuat dan kaya sekalipun tidak akan mampu mencipta sejarah. Sebaliknya, mereka yang akan mudah 'diratah' oleh bangsa yang kecil yang mempunyai cita-cita yang besar .
  Cita-cita yang besar datang daripada jiwa yang besar. Jiwa yang besar lahir daripada keyakinan (keimanan) yang kuat. Inilah yang diucapkan oleh Rubaiyi' bin Amir , panglima tentera Islam ketika berdepan dengan Rustam, ketua tentera Parsi. Antara lain beliau berkata:

   "Kami ialah pejuang yang ingin membebaskan manusia daripada penghambaan sesama manusia kepada penghambaan kepada Allah. Kami ingin membawa manusia keluar daripada kesempitan dunia kepada kelapangan akhirat.."
  Sungguh, jika kita benar-benar menghambakan diri kepada Allah maka merdekalah kita daripada belenggu penghambaan sesama manusia dan segala sistem hidup yang menyeleweng. Kita akan menghirup udara kebebasan walaupun terhimpit oleh kesempitan dan penindasan orang yang zalim.
  Keyakinan kepada hari akhirat yang kekal abadi, menyebabkan hati kita reda dan rela menerima ujian hidup di dunia yang sementara ini.
  Rasa manisnya iman dan keghairahan mengecapi syurga akan memujuk hati kita daripada tergoda oleh nikmat kejahatan yang sangat mengiurkan pada akhir zaman ini.
  Rasa gerun kepada neraka dan kemurkaan Allah akan menyebabkan kita sanggup memikul beban menggalas sunnah Rasulullah s.a.w walaupun semacam menggenggam bara api.
  Justeru, ketika ditimpa ujian hidup, usahlah dipinta dikecilkan ujian hidup, tapi pintalah agar dibesarkan iman menghadapinya!