Friday, January 28, 2011

CINTA KEPADA-MU...



  Detik waktu terus berjalan
  Berhias gelap dan terang
  Suka dan duka
  Tangis dan tawa
  Tergores bagai puisi

  Seribu mimpi berjuta sepi
  Hadir bagai teman sejati
  Di antara lelahnya sepi
  Dalam resah dan jiwa
  Ku bersembahkan kepada-Mu
  Yang terindah dalam hidupku
   
  Meskiku rapuh dalam langkah
  Dan tak setia kepada-Mu
  Namun cinta dalam jiwa 
  Hanyalah pada-Mu

  Maafkanlah bila hati 
  Tak sempurna mencintai-Mu
  Dalam dada kuharap hanya
  Diri-Mu yang bertakhta

  Detik waktu terus berlalu
  Semua berakhir pada-Mu...


"Orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah" (Surah Al-Baqarah 2: 165)

Aku merenung diri ini. Ya,benar.. Aku orang beriman..Namun aku sedar, dimana aku letakkan cinta-Nya? Aku hamba-Nya yang lemah. Sering aku pinggirkan kecintaan kepada-Nya. Betapa aku lalai dalam kenikmatan yang Engkau berikan padaku..
 Cinta agung Allah. Cinta yang paling mahal, tak ternilai walaupun dengan seisi dunia ini. Setiap yang mahal pasti ada tagihannya. Mendapatkan cinta ini pasti tidak mudah. Jalan menuju cinta-Nya adalah jalan mujahadah. Mujahadah bererti memaksa hati melaksanakan ketaatan meskipun pahit dan meninggalkan kejahatan walaupun manis. Ah! Betapa peritnya mujahadah ini.. Tapi aku tahu, apabila aku mencintai-Nya, aku telah memiliki segala-galanya kerana cinta ini pasti membawa aku kepada keredhaan dan rahmat-Nya. Inilah cinta hakiki, cinta yang takkan terpisah oleh ruang, jarak, masa, harta dan kematian. Ya Allah..Aku merintih pada-Mu, aku memohon cinta-Mu..
  Love is verb..Cinta itu adalah tindakan! Bukan hanya kata.. Ayuh, diri! Buktikan cintamu..
"Sesiapa yang mencintai Allah, maka ikutlah aku." (Surah ali- Imran 3":31)
 Tegakkan syariat-Nya. Jadilah pembantu agama-Nya.
"Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berjuang untuk membela agama-Nya dalam barisan yang teratur rapi , seolah olah mereka seperti bangunan yang tersusun kukuh" (Surah al-Saff 61:4)

Sunday, January 23, 2011

PESANAN UMAR AL-KHATTAB...

Perhatikan pesanan Sayidina Umar al-Khattab kepada ketua tentera Muslimin , Saa'd bin Abi Waqqas ketika beliau mengutusnya untuk pembukaan kota Parsi:

Sesungguhnya aku memerintahkan kepadamu wahai Saa'd dan juga mereka yang bersama-samamu supaya bertakwa kepada Allah s.w.t dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya taqwa kepada Allah s.w.t adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sehebat-hebat strategi dalam peperangan.
Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-samamu supaya menjauhkan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa -dosa yang dilakukan oleh tentera Islam lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam.
Sesungguhnya oranag Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh. Jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada lagi bagi orang Islam kekuatan.
Bilangan tentera kita tidak seramai bilangan tentera mereka . Kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka. Maka jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh , nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi mereka!
Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t ke atas musuh-musuh ini dengan kelebihan kitab, sudah pasti kita tidak akan dapat mengalahkan mereka.

Ketahuilah,
Bahawasanya bersama-sama dalam perjalananmu, malaikat-malaikat yang mengawasi , dan para malaikat ini mewakili pihak kerajaan Allah s.w.t untuk menjagamu. Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Maka malulah terhadap apa yang kamu lakukan . Janganlah kamu berkata, "Sesungguhnya pihak musuh lebih hina daripada kita , dan mereka tidak dapat menguasai kita walaupun kita turut berbuat kejahatan ."
Mana tahu Allah akan mendatangkan satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang berlaku pada kepada kaum Bani Israil dahulu yang akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang kafir Majusi (penyembah api) .
Mohonlah daripada Allah Taala kemenangan ke atas nafsu-nafsumu, seperti kamu memohon kemenangan ke atas musuh-musuhmu. Aku memohon perkara yang sama ke atas diriku dan dirimu.

Hari ini pesana Saiyidina Umar itu dianggap sepi. Kita cuba menentang musuh Islam padahal sikap dan peribadi kita lebih kurang sama sahaja dengan mereka. Mereka mengikut nafsu , kita juga apa kurangnya. Belum terdengar lagi mana-mana pemimpin Islam yang begitu serius mengajak umatnya melawan nafsu.
Tidak hairanlah mengapa sehingga hari ini kita terus dikuasai musuh Islam dalam penjajahan bentuk baru (neokolonialisme) baik dari sudut budaya, politik , ekonomi mahupun geografi. Kita kalah dengan musuh zahir (Yahudi dan Nasrani) kerana kita terlebih dahulu dikalahkan oleh musuh batin iaitu hawa nafsu. Tegasnya , jihad melawan orang kafir tidak mungkin menjadi realiti kecuali setelah jihad melawan nafsu terlebih dahulu.

Dalam kitab Minhaj Al- Abidin, Imam Ghazali menggariskan tiga prinsip asas untuk melawan nafsu seperti berikut:


1. Menahan atau menyekat sumber kekuatan nafsu
- dengan menahan perut daripada makan banyak, menahan pandangan (mata) daripada melihat benda yang haram, mulut daripada berkata perkara-perkara yang dilarang, hati daripada sifat-sifat mazmumah dan lain-lain.

2. Membebankan nafsu dengan ibadah
- solat terutamanya sangat perlu untuk "menyiksa" nafsu . Bukan sahaja solat lima waktu tetapi solat malam (qiamullail) sangat berkesan untuk menundukkan nafsu. Begitu juga dengan zikrullah, sedekah, kerja kerja amal , belajar dan kerja-kerja kebajikan lain.

3. Berdoa meminta bantuan Allah dalam usaha menewaskan nafsu
- nafsu itu makhluk Allah maka Allah sahaja yang mampu memudahkan diri manusia untuk menguasai nafsu. Antara doa Rasulullah dalam mujahadah melawan nafsu: "Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku takwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan . Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Saturday, January 22, 2011

Fardu muslim merupakan individu muslim yang dibentuk berdasarkan 10 muassofat tarbiyyah yang terkandung dalam maratibul amal.Sistem khilafah Islamiah yang telah berjaya ditegakkan sejak selepas zaman Rasulullah lagi telah berjaya mempamerkan kegemilangan Islam dari pelbagai sudut sama ada duniawi mahupun ukhrawi.Walaubagaimanapun,pada tahun 1924,kerajaan Turki Uthmaniah telah berjaya ditumbangkan melalui unsur-unsur sekularisme yang telah dicucuk oleh insan yang bergelar Islam Dunnama(berpura-pura Islam) iaitu Mustafa Kamal Attartuk.Lantas,telah lahirnya seorang pemuda yang suatu ketika dahulu hampir berjaya menegakkan semula sistem khilafah ini iaitu As-syahid Imam Hassan Al-Banna.Imam Hassan Al-Banna merupakan seorang pemuda yang hampir berjaya mencetuskan revolusi sistem kepimpinan dunia melalui pengenalan sistem yang amat mudah dan ringkas iaitu sistem usrah.Berikut merupakan hala tuju pembentukan khilafah Islamiah berdasarkan idea yang telah dicetuskan oleh beliau:

Khilafah Islamiah(sistem pemerintahan dunia)
^
^
^
Daulah Islamiah(Negara Islam)
^
^
^
Mujtama' Muslim(Masyarakat muslim)
^
^
^
Baitul Muslim(keluarga muslim)
^
^
^
Fardu Muslim(Individu muslim)

Berdasarkan carta tersebut,telah jelaslah bagaimana Khilafah Islamiah mampu dibentuk berdasarkan perkembangan demi perkembangan yang dilalui oleh Fardu muslim.Lantas,idea 10 muassofat tarbiyyah telah dicetuskan bagi pemuda-pemudi Islam kini dapat mengetahui dan membentuk diri masing-masing sebagai Fardu Muslim.10 muassofat tarbiyyah ini jugalah yang telah diterapkan melalui sistem usrah yang berkonsepkan ukhwah persaudaraan untuk melahirkan Fardu muslim.

1) Bermanfaat kepada orang lain

2) Akidah yang sejahtera

3) Ibadah yang sahih

4) Akhlak yang mantap

5) Luas pengetahuan

6) Sihat tubuh badan

7) Mampu berdikari

8) tersusun urusannya

9) sangat menjaga masa

10) Melawan nafsu!!!!!

Friday, January 21, 2011


  Hai manusia yang lupa untuk mencari keselamatan diri sendiri.
  Hai manusia yang tertipu oleh benda-benda keduniaan yang tidak lama lagi akan sirna, tertipu kerana kesibukan mengejar harta dunia yang sebentar lagi akan ditinggalkan.
  Hilangkanlah pemikiran terhadap sesuatuyang engkau pasti akan meninggalkannya, kemudian sebagai ganti pusatkanlah perhatianmu pada tempat tinggalmu yang akan engkau diami nanti.
  Manakah tempat kediamanmu nanti. Bukankah engkau telah diberitahu bahawa neraka adalah tempat kediaman semua orang, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Taala:
"Dan tidak ada seorang pun daripada kamu yang tidak akan masuk ke dalamnya . Itulah keputusan Tuhan yang pasti dan tidak dapat dielakkan. Kemudian Kami (Allah) melepaskan orang-orang yang bertakwa dan Kami biarkan orang-orang yang menganiaya (derhaka) terus berlutut di dalamnya itu."
  Engkaupun , wahai manusia sudah menjadi kepastian untuk memasuki tempat yang dimaksudkan itu. Sedangkan mengenai keselamatan dirimu masih diragukan , sebab untuk dapat selamat dari tempat itu haruslah diikuti dengan syarat yang cukup berat iaitu  harus benar-benar bertakwa kepada Allah , menjaga diri daripada segala macam kemaksiatan dan melaksanakan semua yang diperintahkan. Jadi belum tentu engkau selamat dari siksa yang pedih ini.
  Oleh itu bayangkankanlah serta rasakanlah dalam hatimu betapa kesengsaraannya masuk ke dalam tempat yang penuh siksa itu, sebab dengan mengingat-ingat kesengsaraannya itu, barabgkali engkau akan menyiapkan dirimu untuk lebih giat mencari bekal untuk menyelamatkan dirimu. Renungkanlah keadaan seluruh makhluk yang menanggung kesengsaraan hari kiamat itu.
 Disaat mereka diliputi oleh kesukaran dan kesulitan yang tiada taranya itu, sambil berdiri menantikan hakikat yang akan terjadi, menunggu kebenaran berita yang akan disampaikan , tiba-tiba golongan kaum yang derhaka tanpa disedari nya akan sama-sekali telah diselimuti oleh kegelapan,mungkin kegelapan asap yang mengepul di atas kepala mereka, juga tampaklah di mata mereka neraka yang menyala-nyala dengan dahsyatnya.Dari kejauhan terdengarlah suara gemuruhnya sebagai tanda kemurkaan dan kemarahannya yang sangat.Dikala itulah golongan yang derhaka itu yakin bahawa keadaan yang lebih sengsara sudah mula tiba, tubuh manusia tampak bertumpuk-tumpuk berlutut tersungkur tidak berdaya lagi.
  Selanjutnya malaikat Zabaniyah memulai tugasnya iaitu mengiringi setiap manusia yang bersalah untuk menemui siksa yang sesuai dengan perbuatannya masa di dunia, mereka dihumbankan ke dasar neraka jahannam. Dengan kejamnya malaikat itu akan berkata pada ahli neraka bahawa mereka dahulu merasa tinggi dan mulia saja tetapi kini, berdaimlah sebagai tawanan yang kekal dan terus diberi nyala api yang menjulang sampai ke ulu hati.
  Minuman ahli neraka adalah air panas, tempat kediaman mereka ialah neraka jahim, diikatkankanlah kaki mereka kerana kegelapan dan kemaksiatan yang telah dilakukan .
Dari penjuru neraka itu mereka berteriak-teriak dari setiap sudut sambil mengatakan :"Hai Malik, kulit kita sudah matang terbakar hangus sampai hitam. Hai Malik, keluarkanlah kami dari siksa ini, kami tidak akan mengulangi kejahatan yang lalu."Malik adalah kepala seluruh malaikat yang menjaga neraka itu dan pembantu-pembantunya banyak sekali merupakan kelompok juru penyiksa yakni Zabaniyah.Jikalau orang-orang itu berteriak demikian, lalu Zabaniyah berkata: "Jauh , jauh sekali anagn-anganmu itu , tidak mungkin ada kesentosaan untuk dirimu semua tidak mungkin kamu semua akan dilepaskan dari penjara yang penuh kehinaan ini. Tahan sahaja untuk selamanya-lamanya di situ dan jangan dibicarakan . Kalaupun kamu semua nanti dikeluarkan , juga akan melakukan lagi larangan -larangan yang sudah diberikan sebagaimana dulu itu. Bukankah kamu sudah didatangi oleh para Rasul , tetapi kamu mendustakan."
  Dengan mendengar jawapan itu, mereka lalu berputus asa dan menyesali diri, sebab telah mengingkari segala sesuatu yang tekah diperintahkan oleh Allah Taala. Tetapi penyesalan itu tidak dapat menyelamatkan diri mereka dan kesedihan itupun tidak dapat mengurangi penderitaan mereka.
  Mereka menjerit-jerit kerana mengalami kecelakaan yang hebat.Mereka dipanggang di atas api, mendidih otak bagaikan mendidihnya air dalam kuali.Dengan palu besi dipukul dahi mereka . Sementara itu mereka selalu mengharapkan datangnya datangnya kematian , tetapi mereka tidak mati-mati. 
  Rasakanlah semua itu wahai manusia yang miskin! Bagaimanakah sekiranya engkau melihat keadaan mereka itu, mukanya hitam, lebih hitam lagi dari hangus, mata mereka telah buta, lidahnya telah bisu, tulang belulang mereka patah-patah, kulit-kulit tubuh sudah robek-robek, nyala api neraka masuk ke dalam perut mereka serta anggota-anggota mereka lain-lain yang bahagian dalam, sedangkan ular-ular neraka, kala jengking da binatang-binatang berbisa lainnya merayap di punggung, kepala, kaki, tangan dan lain-lain.
  Demikian keadaan ahli neraka itu keseluruhan.Allah tidak akan menganiaya seseorangpun, sekali amalannya itu hanya seberat debu belaka.
   Perhatikanlah wahai manusia yang miskin , betapa besarnya kesengsaraan yang akan dialami oleh seluruh manusia ketika itu. Tetapi aneh sekali mengapa engkau sampai sekarang masih  juga tertawa terbahak-bahak , lalai dan terus tidak henti-henti berusaha menambah kekayaan duniawi yang hina dan berharap sama sekali jika dibandingkan dengan harta kekayaan dan kenikmatan di akhirat. Engkau belum pasti apakah yang akan engkau perolehi nanti, menemui kebahagian atau kecelakaan.............

Tuesday, January 18, 2011

SEJUTA CINTA UNTUK-MU




CINTA HAKIKI YANG INGIN AKU MILIKI....
KEIKHLASAN YANG AKU HARAPKAN...
KEKHUSYUKAN YANG AKU DAMBAKAN..
DALAM SUJUD AKU MENCARIMU....
YA ALLAH...





Dalam kelalaian diri aku mendambakan-Mu.....
Dalam kegelapan hati aku mengharapkan hidayah-Mu..
Meskipun aku tahu betapa aku menzalimi diri ini...
Aku memohon keampunan-Mu...
Aku dambakan kasih-Mu...
Aku mencari cinta-Mu...Ya Illahi...
Jangan Kau tinggalkan aku... meski aku sering pergi meninggalkan Engkau..
Jangan Engkau melupakan aku...meski aku sering lalai daripada mengingati-Mu...
Jangan Engkau jauh dariku..meski diri ini sering kejauhan dari-Mu...
Ya Allah...hampiri aku..Bimbinglah hatiku...Teguhkan imanku..
Damaikan jiwaku dengan nur dan rahmat-Mu...
Ya Tuhan..berikan aku kekuatan..dalam menyusuri liku-liku kehidupan..yang penuh duri berceracakan..
Ya Rabbi... Peritnya mujahadah ini...beratnya beban ini..yang memerangkap hatiku...yang menghijab jiwaku daripada-Mu..
Tuhanku..runtuhkan benteng penghalang cintaku...
Sucikan kegelapan hatiku yang telah kunodai... dengan dosa-dosa semalam..
Bersihkan nuraniku...Ya Allah..
Aku merindui-Mu..
Izinkan aku bertemu dengan-Mu... Menatap wajah mulia-Mu..
Bersujud dalam redha-Mu..
Merasai manisnya mahabbah CINTAMU...

"Ya Allah..Aku memohon cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan amal yang mendekatkan diriku pada  cinta-Mu..."


                                                                                               Yang menanti dengan
                                                                                              sejuta cinta untuk-Mu,

                                                                                             Hamba-Mu yang kerdil...

Sunday, January 9, 2011

  Ada suara yang mengungkapkan: "Bosanla hidup ni!" Tidak kurang ada yang mengatakan, "Boringnya harini..tak tau nak buat apa!". Hakikatnya itulah jiwa yang kosong. Jiwa yang sifar matlamat. Jiwa yang tandus dengan misi hidupnya..Jiwa itulah yang juga nanti akan berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata.

  Seorang mukmin yang berkerjaya akan terkejar-kejar agar tanggungjawabnya sebagai khalifah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan pada masa yang sama juga dia sibuk mengumpul syer-syer akhirat. Dunia dan akhiratnya disepadukan..demi mencapai tawazun dunia dan akhiratnya..

    Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mencukupi. Lihatlah kehidupan para sahabat, ulama-alama dan para solihin.. Setiap detik hidup mereka sentiasa terisi dengan perkara yang mendekatkan diri pada Allah. Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan di dunia ini. Mereka adalah hamba, mereka jualah pemimpin (khalifah). Betapa besarnya aspirasi hidup seorang mukmin sejati.

     Ingatlah firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat."(Surah Al-Dhariyat 51:56). Allah juga berfirman yang bermaksud :"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." (Surah Al-Baqarah 2:30)

      Dua misi inilah yang akan membuatkan kita begitu sibuk di dunia sehingga tidak punya masa untuk bergelumang dengan maksiat.. Jika dihitung masa hidup kita di dunia berbanding dengan nikmat kurniaanNya dan tanggungjawab kita terhadap Allah Maha Pencipta, takkan cukup bagi kita untuk melaksanakan tanggungjawab ini, jika hari ini kita masih mengatakan hidup ini bosan ....


   

Wednesday, January 5, 2011

Jadilah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.